Ahad, 27 September 2009

TIPS KESELAMATAN DI JALAN RAYA

Dalam suasana menyambut apa-apa pun perayaan di negara ini, apa yang mengusarkan kita ialah kecelakaan di jalan raya yang boleh menyebabkan kecederaan dan maut. Statistik kemalangan dalam OPS SIKAP sentiasa menunjukkan peningkatan kemalangan ketika di musim perayaan mahupun hari-hari biasa.

Kadangkala kita mengambil langkah untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu namun kemalangan tetap berlaku. Walaupun kita cermat namun bagaimana dengan sikap sesetengah pengguna jalan raya yang lain? Ada diantara pengguna jalan raya yang langsung tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Bagi pengguna yang perihatin, saya kongsikan disini beberapa petua agar kita sama-sama sentiasa peka dan ingat selalu apa yang patut dilakukan sebelum dan semasa memandu. Pemanduan yang berhemah boleh mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa anda, keluarga dan orang lain.

Terdapat 8 Petua Keselamatan pemanduan ketika berada di jalan raya:-
  1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan tidak tenteram anda dinasihatkan agar tangguhkan perjalanan.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa mematuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhati-hati apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan dari mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis pannduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah diantara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

PEMANDU KERETA

Amalkan

  • Pasangkan Tali Pinggang Keledar di Hadapan dan Belakang
  • Gunakan cermin dan lampu Isyarat Sebelum Bergerak dan ketika menukar lorong
  • Sentiasa memberi perhatian Kanak-kanak di Jalan raya
  • Berhenti dan berehat sekiranya letih dan mengantuk
  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan

Hentikan

  • Memotong Barisan
  • Memandu terlalu rapat dengankenderaan di hadapan.
  • Memandu Laju
  • Memandu dalam Keadaan Mengantuk/letih
  • Memandu ketika berada dalam keadaan Tekanan.

PENUNGGANG MOTOSIKAL

Amalkan
  • Berhenti di Lampu Merah
  • Ikat Topi Keledar dengan Kemas
  • Pasang Lampu Sepanjang Masa, siang dan Malam
  • Gunakan Pakaian Cerah

Hentikan

  • Mencelah di Jalan raya
  • Menunggang melebihi Had Laju
  • Melanggar peraturan Jarak Keselamatan Dengan Kenderaan di Hadapan
  • Melanggar Arahan Berhenti di Lampu Isyarat Merah.

PEJALAN KAKI

Amalkan

  • Memimpin Tangan Anak Anda Semasa Melintas
  • Menggunakan Lintasan Pejalan Kaki, Lintasan Berlampu Isyarat dan Jejentas
  • Berjalan Menghadap Arah Kenderaan
  • Sentiasa Memberi Perhatian di Jalan Raya
  • Memakai Baju yang Cerah supaya anak Anda Mudah Dilihat Oleh Pemandu Kenderaan

Menggunakan Lorong Pejalan Kaki di Tepi Jalan Raya

Hentikan

  • Melintas Jalan Raya Secara Sembarangan/Terburu-buru
  • Berjalan Terlalu hampir dengan Jalan Raya
  • Menyamakan kebolehan Kanak-kanak dengan orang Dewasa. Keupayaan dan Pemahaman Mereka Tidak Seperti Orang Dewasa
  • Bermain Berhampiran dengan Jalan Raya